2011年9月26日星期一

Guru baik VS Guru jahat

Walaupun saya baru berusia 28 tahun
tetapi saya telah berkhidmat di bidang pendidikan selama 10 tahun

sesetengah anak murid saya telah masuk ke universiti
sesetengah telah bekerja
sesetengah telah berumahtangga

Apabila saya bertemu semula anak murid saya

Adanya akan memberitahu bahawa:
Cikgu, Saya sangat suka akan cikgu,
dan ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu,
ini kerana cikgu selalu memarahi saya apabila saya melakukan kesalahan.

Ada pula akan berkata:
Cikgu, saya tidak suka cikgu dahulu,
kerana cikgu selalu memarahi saya,
tetapi jikalau saya mendengar nasihat guru
saya tak akan berumahtangga sebelum tamat sekolah

Saya keliru dengan pendapat mereka,
jika sebegini
saya adalah seorang guru yang baik??
atat seorang guru yang jahat???
Bagaimana kita hendak bezakan baik dan jahat??