2011年10月22日星期六

KATA SERU

1.    Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti marah, hairan, sedih, takut, terperanjat dan sebagainya.

2.   Cara penggunaan kata seru disesuaikan dengan intonasi pengucapan, iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

3.   Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru.

Kata seru
penggunaannya
Ayat contoh
aduhai
Untuk menyatakan perasaan sedih
Aduhai,pilunya hatiku ini!
ah
Untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
 1.   Ah, saya tidak mahu terlibat!
2.   Ah, itu semua alasanmu sahaja.
Amboi/wah
Untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum
   1.    Amboi, banyaknya orang di sana!
   2.   Wah, murah betul sewa rumah ini!
Cis/cih
Untuk menyatakan perasaan marah dan benci.
    1.    Cis, beraninya engkau ke sini!
    2.   Cih, pembelot!
eh
Untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut
    1. Eh, kamu sudah sampai!
       2. Eh, Meimei rupanya!
hai
Untuk menegur seseorang atau menarik perhatian.
1. Hai, salam berjumpa   lagi!
2. Hai, saya Lee Mei!
nah
Untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu
    1. Nah, inilah peluang untuk kita!
    2.   Nah, surat untuk kamu!
oh
Untuk menyatakan perasaan hairan, kecewa, terkejut dan sebagainya.
   1. Oh, tuhanku, ampunilah aku!
   2.  Oh, sampainya hatimu menipu aku!
wahai
Untuk menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian
   1.    Wahai temanku, kembalilah ke pangkal jalan!
   2.  Wahai anakku, ingatlah pesan ibumu ini!

1 条评论:

  1. 什么是最有趣,祝贺老师

    http://kimi50.blogspot.com/

    回复删除